Sort by

Gaya Memukau Dengan Tudung Bawal Shawl Ayuwan

Mesti cantik ibu, adik dan kakak kita apabila menyarungkan tudung bawal daripada Ayuwan! Kami menawarkan padanan tudung bawal shawl yang menarik dan menampilkan kelainan bagi keselesaan wanita. Setiap bawal satin printed kami mempunyai tema dan corak yang tersendiri supaya apa-apa saja pakaian yang anda gayakan sepadan dengan bawal Ayuwan. Yang pasti, fesyen tudung bawal boleh dikatakan tidak lapuk dek zaman. Mana-mana saja anda pergi, mesti ada wanita yang menjadikan tudung bawal style mereka. Lihat koleksi tudung bawal price Ayuwan di sini! Kami mempunyai pelbagai tudung bawal shawl sesuai untuk setiap wanita.

Koleksi Tudung Bawal Ayuwan ┃ Price, Design, Material

Bawal sememangnya salah satu tudung keperluan bagi setiap wanita kerana cara pemakaiannya yang mudah. Ia juga boleh digayakan dengan macam-macam cara supaya keayuan si pemakai lebih terserlah. Sama ada anda hendak ke majlis makan malam, sambutan hari raya, mahupun dipakai hari-hari untuk ke pejabat, tudung bawal sentiasa menjadi pilihan. Material tudung bawal Ayuwan adalah matte satin. Coraknya pula diilhamkan oleh setiap tema tudung collection yang kami tawarkan iaitu Desa, Spora, dan Pancawarna. Ayuwan juga menawarkan harga mampu milik supaya anda dapat beli untuk ibu, kakak, dan sahabat-handai juga! Selain bawal, kami juga menawarkan tudung shawl di kedai tudung online Ayuwan. Jangan lupa singgah di koleksi tudung shawl online kami!