Hari Pelancaran Ayuwan - Persediaan Fesyen Runway
Acara terpenting pada hari pelancaran Ayuwan iaitu Fesyen Runway, di mana, untuk julung kalinya model-model akan memperagakan kesemua koleksi tudung Ayuwan termasuk Koleksi Spora, Pancawarna, Desa dan satu koleksi terbaru yang akan dilancarkan pada hari tersebut – Koleksi Birai.
Ayuwan team telah membuat persediaan dengan teliti untuk pakaian model dan stail tudung yang akan digayakan pada fesyen runway ini. Kami amat berterima kasih kepada model-model dan hijab stylist kerana sudi meluangkan masa untuk mencuba pakaian pada minggu lepas.
Semua mesti terbayang di minda, barisan model-model yang kurus dan tinggi memperagakan tudung Ayuwan. Namun, kami juga memilih beberapa model Plus Size. Ayuwan ingin menyampaikan mesej bahawa kecantikan itu bukan hanya pada luaran sahaja. Setiap wanita adalah cantik dan hanya perlu mempunyai keyakinan diri untuk berani tampil cantik.