Menghitung Hari Pelancaran Ayuwan
3hb November 2023, bakal menjadi detik bersejarah untuk jenama Ayuwan. Bertempat di Sunway Putra Mall, kami akan melancarkan jenama Ayuwan bersama Ernie Zakri sebagai duta rasmi kami. Setelah berbulan-bulan melakukan persiapan, akhirnya hari yang dinanti sudah tidak lama lagi.
Berbaki 21 hari lagi, Ayuwan team bertungkus lumus dalam membuat persiapan untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Berkonsepkan "Urban Classic Glam", banyak yang kami sediakan untuk memastikan hari tersebut akan diingati oleh semua yang hadir. Pertunjukan fesyen, premium door gift dan juga persembahan oleh Ernie Zakri dari album terbaru beliau.
Harapan kami, semoga bakal pelanggan kami akan gembira dengan produk berkualiti dari Ayuwan kerana kami sangat komited dalam menghasilkan produk terbaik untuk menggembirakan pelanggan kami. Kami juga bersedia untuk menerima sebarang maklum balas positif atau negatif. Yang negatif akan kami perbaiki, dan yang positif akan kami ingati untuk menjadi lebih baik.
Doakan kami dan jumpa anda semua nanti!