Tips Jimat Duit

Tips Jimat Duit

Kos sara hidup dan harga barangan di Malaysia terus meningkat setiap tahun. Dengan situasi ekonomi sekarang ini, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja. Penting bagi kita untuk belajar berbelanja dengan bijak dan berjimat cermat untuk menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar. Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips jimat duit yang boleh diamalkan.

 

Bajet Kewangan dan Merancang Anggaran

Garis panduan yang paling mudah adalah mengikuti "50/30/20 Rule" di mana anda meletakkan 50% pendapatan ke dalam kategori "KEPERLUAN", 30% ke dalam kategori "KEINGINAN" dan 20% ke dalam kategori "SIMPANAN". Anda tidak mungkin akan terlebih belanja kalau ikut panduan ini dengan penuh disiplin. Ketahui jumlah pendapatan bulanan anda dan tetapkan had belanja yang diperlukan bagi setiap kategori seperti makanan, kelengkapan, hiburan, dan lain-lain. Kita kena asingkan terus bahagian simpanan seawal mendapat gaji, selebihnya barulah dibelanjakan. Dengan membuat anggaran yang terperinci, anda akan dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih baik.

 

Masak di Rumah dan Bawa Bekal ke Tempat Kerja

Harga makanan sekarang semakin mahal. Bawa bekal ke tempat kerja daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Kebanyakan masa kita adalah di pejabat, jadi dengan membawa bekal, kita boleh jimat banyak. Selain selamatkan dompet, ini juga menjamin kesihatan kita. Makanan yang di masak di rumah lebih bersih dan sihat kerana kita tahu apa yang terkandung di dalam makanan.

 

Kongsi atau Batalkan Langganan Automatic yang Tidak Perlu

Ada pelbagai aplikasi atau platform penstriman yang menawarkan servis langganan setiap bulan, tidak kiralah sama ada untuk dengar muzik, tonton movie ataupun bermain game. Kalau anda melanggan seorang diri, apa kata anda kongsikan keahlian dengan keluarga atau kawan-kawan. Atau adakah anda rasa anda perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX? Berapa jam saja yang anda menonton TV dalam sehari? Batalkan langganan tersebut jika anda rasa tidak perlu.

 

Senarai Barang Sebelum Membeli-belah

Sebelum membeli barang dapur, pastikan anda senarai barang yang hendak dibeli sekurang-kurangnya sehari awal sebelum pergi membeli belah. Tumpukan kepada barang-barang yang betul-betul anda perlukan. Apabila sudah ada senarai barang, anda tahu apa yang hendak dibeli dan pastikan anda ikut senarai barang itu sepenuhnya. Hiraukan apa-apa promosi dan jangan membeli barang yang tiada dalam senarai itu. Selain itu, lagi bagus kalau anda survey dulu dan bandingkan harga dengan tempat lain.

 

Cuba Elakkan Window Shopping

Cuba elakkan aktiviti "window shopping" atau melihat barang-barang di kedai tanpa niat untuk membeli adalah suatu langkah bijak untuk menguruskan kewangan dan mengelakkan pembaziran. Sebaik-baiknya, cuba hadkan diri dari pergi ke tempat-tempat yang berpotensi untuk membeli-belah seperti shopping mall, uptown, atau pasar malam.

 

Berbelanja dengan bijak adalah kunci untuk menjimatkan wang di Malaysia yang sentiasa mencabar dari segi ekonomi. Kalau anda benar-benar hendak berjimat dan menyimpan, anda perlu bersedia untuk mengubah gaya hidup anda. Semoga tips ini membantu anda mencapai matlamat kewangan anda pada tahun ini dan seterusnya.

Comments 
Leave a comment
Your Email Address Will Not Be Published. Required Fields Are Marked *
Our Topics
Subscribe Us
Subscribe to our newsletter and receive a selection of cool articles every weeks