Tips Mudah Penjagaan Tudung

Tips Mudah Penjagaan Tudung

Para wanita dan gadis bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung yang pelbagai jenis dan warna. Sifat material tudung lembut dan adanya yang agak nipis berbanding material pakaian yang lain. Jadi, penyimpanan dan penjagaan rapi agar tudung anda tahan lama dan seperti baru beli. Di sini, Ayuwan ingin berkongsi tip yang mudah untuk menjaga tudung anda.

 

 1. Jangan menggunakan mesin basuh untuk mencuci tudung

Sama seperti cara mengendalikan tudung Ayuwan, cuci tudung menggunakan tangan dan tidak digalakkan menggunakan mesin basuh dan pengering kerana ia boleh merosakkan tudung. Cukup sekadar menyental atau meramas tudung dengan tangan. Jika tidak sempat dan anda terpaksa cuci tudung dengan mesin basuh, pastikan tudung anda dimasukkan ke dalam bekas berjaring supaya fabrik tidak cepat rosak. Elakkan menggunakan pengering kerana ini akan merosakkan tekstur tudung anda.

 

 2. Jangan sental tudung dengan kuat

Tidak perlu sental tudung dengan kuat kerana boleh menyebabkan benang fabrik terputus dan juga mengubah tekstur tudung. Jika mempunyai kotoran, letak sabun di bahagian terkena kotoran dan biarkan seketika. Kemudian sental dengan menggunakan tangan atau ramas tudung secara lembut dan perlahan sehingga kotoran hilang.

 

 3. Menggunakan pelembut fabrik yang bersesuaian

Selepas mencuci tudung dengan tangan, rendam tudung dalam campuran air bersama pelembut fabrik yang bersesuaian dengan tudung selama 10-15 minit. Selepas itu, bilas tudung dengan air bersih sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tidak melekat pada tudung.

 

 4. Sidai di kawasan redup dan elakkan cahaya matahari terik

Jangan sidai tudung di bawah cahaya matahari yang terik kerana akan menyebabkan warna tudung cepat pudar. Biasanya, fabrik tudung ini ringan dan akan kering di tempat cahaya yang redup.

 

 5. Guna suhu yang sesuai apabila menggosok

Anda harus menggunakan suhu yang sesuai apabila menggosok mengikut jenis fabrik tudung anda. Contohnya, gunakan suhu yang rendah untuk jenis fabrik yang lembut seperti chiffon dan silk untuk elakkan tudung rosak atau terbakar.

 

 6. Tempat penyimpanan yang betul

Pastikan tudung disimpan dalam keadaan yang bersih dan kering. Gantung tudung pada gantungan yang sesuai untuk mengelakkan kedut. Elakkan daripada menyimpan tudung terlalu lama dalam bekas plastik yang boleh menyebabkan kusam. Untuk tudung yang lebih eksklusif atau berkilat, pertimbangkan untuk menyimpan dalam tempat khas untuk mengelakkan geseran dengan tudung lain.

 

Semoga tips penjagaan tudung ini dapat membantu anda menjaga tudung supaya tahan lama dan kekal seperti baru. Teruskan bersama Ayuwan untuk tips menarik!

Comments 
Leave a comment
Your Email Address Will Not Be Published. Required Fields Are Marked *