Panduan Memilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan

Panduan Memilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan

Satu lagi topik menarik yang pasti akan membantu anda menonjolkan kecantikan iaitu pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan. Pemilihan pakaian yang tepat mengikut jenis bentuk badan akan membuatkan si pemakai kelihatan begitu anggun dan cantik. Pada blog kali ini, mari kita fokus pada bagaimana memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda.

Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu:

 

Bentuk Badan Pear

Ciri Umum: Lebar di bahagian bawah pinggang, iaitu di bahagian pinggul dan paha.

Pilihan pakaian: Pakaian dengan potongan A-line untuk memberi dimensi pada pinggul. Warna yang sesuai adalah warna yang cerah pada bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah. Juntaian shawl di bahagian hadapan dada dapat memberikan ilusi badan yang lebih tinggi. 

Elakkan: Skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Elakkan juga pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggul atau berlapis-lapis di bahagian bawah.

 

Bentuk Badan Epal

Ciri Umum: Bahagian badan atau abdomen kelihatan lebih bulat selain mempunyai saiz pinggang yang lebih besar.

Pilihan Pakaian: Dress aliran longgar, blouse longgar, dan seluar, skirt berpotongan lurus sesuai digayakan. Pilih warna pakaian yang gelap dan corak yang sederhana. Wujudkan titik fokus di bahagian atas kepala supaya bahagian tengah badan tidak menjadi titik tumpu. Titik focus ini sesuai ditonjolkan pada bahagian tudung. 

Elakkan: Pakaian yang terlalu ketat di bahagian tengah dan corak melintang yang terlalu menonjol.

 

Bentuk Badan Rectangle

Ciri-ciri Umum: Bahu, pinggang dan pinggul yang hampir seimbang.

Pilihan Pakaian: Pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple. Pemilihan warna noda senada amat sesuai dengan bentuk badan ini.

Elakkan: Pakaian yang terlalu longgar atau terlalu ketat di seluruh badan.

 

Bentuk Badan Jam Pasir

Ciri-ciri Umum: Bahu dan pinggul sekitar lebar yang seimbang, dengan pinggang yang jelas terbentuk.

Pilihan Pakaian: Dress atau pakaian yang menonjolkan pinggang seperti wrap dress. Skirt atau seluar dengan potongan straight atau flare. Dari segi warna, kebanyakan warna bersesuaian dengan anda.

Elakkan: Pakaian yang terlalu longgar atau terlalu ketat di pinggang.

 

Semoga panduan ini membantu anda dalam memilih pakaian yang memberi keyakinan dan keselesaan.

 

Comments 
Leave a comment
Your Email Address Will Not Be Published. Required Fields Are Marked *