Tips Pemilihan Tudung

Tips Pemilihan Tudung

Pemilihan tudung penting dalam memastikan penampilan anda yang kemas dan rapi lalu meningkatkan keyakinan diri. Ini melambangkan keperibadian dan personaliti anda secara tidak langsung.

Ayuwan ingin berkongsi sedikit tips penting tentang cara pemilihan tudung untuk kegunaan harian anda supaya anda sentiasa kelihatan ayu dan menawan.

 

Jenis Material Tudung

Terdapat pelbagai jenis material atau kain tudung yang ditawarkan di pasaran. Sebelum membeli, pastikan material tudung yang dipilih memberi keselesaan kepada anda. Pelbagai jenis kain seperti chiffon, cotton, satin, moss crepe dan lycra mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Chiffon mempunyai tekstur lembut, ringan dan beralun sesuai untuk outfit casual/ tidak rasmi. Satin menggayakan tudung bercorak licin, menambah sentuhan elegan dan memberi penampilan berseri sesuai untuk outfit casual dan majlis rasmi keramaian. Selain itu, cuaca juga perlu diambil kira dalam memilih jenis material tudung.  

 

Bentuk Muka

Bentuk muka boleh mempengaruhi gaya pemakaian tudung. Bentuk muka yang berbeza memberi efek tudung yang berbeza. Kenali bentuk muka dan pilih tudung yang sesuai dengan bentuk muka. Pemilihan tudung yang sesuai dapat meningkatkan penampilan keseluruhan. Anda boleh lihat blog Ayuwan yang sebelum ini yang berkaitan dengan tips gayakan tudung mengikut bentuk wajah.

 

Warna Tudung

Pemilihan warna tudung juga penting. Elakkan memakai tudung berwarna gelap atau kusam kerana ia akan menjadikan anda kelihatan sudah berusia. Pilihlah warna yang terang kerana ia mampu membuatkan anda nampak ceria. Elakkan juga memakai tudung dan baju yang sama warna. Anda harus bijak bermain dengan warna agar penampilan anda menonjol dan berbeza.

 

Jenis Tudung Bercorak

Elakkan memakai baju bercorak dengan tudung bercorak. Ia akan membuatkan anda serabut. Sekiranya memakai tudung bercorak, lebih baik memilih baju yang plain atau tidak bercorak. Pemilihan corak yang seimbang antara baju dan tudung dapat memberikan penampilan yang kemas.

 

Semoga tips pemilihan tudung ini memberi manfaat dan anda boleh bergaya dengan lebih yakin dan elegan.

Comments 
Leave a comment
Your Email Address Will Not Be Published. Required Fields Are Marked *
Our Topics
Subscribe Us
Subscribe to our newsletter and receive a selection of cool articles every weeks