Tips Penjagaan Kulit Muka

Tips Penjagaan Kulit Muka

Apakah tips penjagaan kulit muka yang betul? Kalau anda mempunyai kulit bermasalah, teruskan mambaca tips pada blog kali ini fokus kepada tips penjagaan muka kulit.

  1. Ketahui Jenis Kulit

Terdapat kulit jenis normal, kering, berminyak dan sensitif. Ini penting dalam memilih apa produk yang sesuai untuk digunakan.

  1. Pilih Pencuci Muka

Mulakan rutin penjagaan muka pada waktu pagi dengan membersihkan muka menggunakan pencuci muka lembut yang sesuai dengan jenis kulit.

  1. Menggunakan Air Suam Untuk Mencuci Muka

Boleh menggunakan air suam untuk mencuci muka untuk mendapatkan kulit yang lagi cantik. Tujuannya adalah untuk membuka pori pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan.

  1. Gunakan Serum

Selepas mencuci muka, gunakan serum pada kulit wajah. Serum mengandungi bahan aktif yang boleh merawat masalah kulit yang anda hadapi. Serum kaya dengan bahan-bahan aktif untuk kulit dan sangat bagus untuk menghilangkan tompok gelap dan kedutan wajah. Penggunaan serum memberi efek glowing dan akan meningkatkan hidrasi pada kulit.

  1. Wajib Memakai Moisturizer/ Pelembap

Langkah ini sangat penting. Setiap jenis kulit wajib memakai moisturizer. Moisturizer berguna untuk menghalang kandungan air dalam wajah keluar dan kurang lantas menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.

  1. Pelindung Matahari

Langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit adalah pemakaian pelindung cahaya matahari atau sunscreen. Ia adalah pelindung utama kulit dari terdedah kepada cahaya UV yang kuat. Sunscreen yang mempunyai SPF 30 paling minimum dan terbaik adalah sekitar SPF 40 atau SPF 50.

  1. Meminum Air Kosong Secukupnya

Pastikan untuk minum air yang mencukupi setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit dari dalam. Air kosong membantu menyingkirkan toxin dalam badan kita.

  1. Amalkan Diet Sihat

Selain minum air yang secukupnya, pengambilan makanan yang sihat perlu juga diberi perhatian. Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah. Banyakkan memakan sayur dan buah-buahan kerana ia mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit kita.

  1. Jangan Merokok

Elakkan daripada merokok. Asap rokok boleh merosakkan kolagen dan elastin dalam kulit, menyebabkan penuaan pramatang dan kulit kusam.

  1. Senaman

Melakukan senaman melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit dan baik untuk kesihatan kulit.

  1. Amalkan Tidur Yang Mencukupi

Kalau kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam dan tidak bermaya.Tidur yang mencukupi membantu proses pemulihan kulit dan mencegah munculnya lingkaran gelap di bawah mata.

  1. Elakkan Sentuhan Muka Berlebihan

Elak menyentuh muka secara berlebihan kerana ini boleh memindahkan kotoran dan bakteria ke kulit.

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri. Semoga tips yang Ayuwan kongsikan kali ini bermanfaat kepada anda.

Comments 
Leave a comment
Your Email Address Will Not Be Published. Required Fields Are Marked *