Bawal atau Shawl?
Bawal dan shawl merupakan dua jenis hijab yang digunakan oleh wanita Muslim di seluruh dunia dan tidak asing untuk golongan wanita di Malaysia. Pelbagai gaya yang dapat kita lihat dari gaya tradisi yang tidak luput di telan zaman kepada gaya yang lebih moden seiring dengan fesyen hijabi terkini tetapi masih boleh mengekalkan kesopanan dan patuh syariah. Setiap wanita menginginkan kain tudung yang selesa untuk dipakai sepanjang hari, sama ada dalam bentuk bawal atau shawl seperti yang terdapat dalam koleksi tudung Ayuwan. Yang mana satukah yang menjadi pilihan anda? Bawal atau shawl? Dalam blog ini, kita akan membincangkan perbezaan antara tudung bawal dan shawl.
Bentuk dan ukuran saiz
Bawal berbentuk segi empat sama atau berbucu bulat/fullmoon. Terdapat beberapa saiz atau bidang bagi tudung bawal. Antaranya bidang 45, bidang 50, bidang 55 dan bidang 60. Saiz bawal Ayuwan adalah bidang 45 (115cm).
Shawl pula berbentuk segi empat tepat atau separa bulat/half-moon. Shawl juga mempunyai saiz dan ukuran yang berbeza seperti 1.8 meter x 0.7 meter atau 2.0 meter x 0.7 meter. Saiz untuk shawl Ayuwan pula adalah 1.8 meter x 0.7 meter. Apa pun pilihan anda, pastikan tudung bawal atau shawl yang dipakai sesuai dengan saiz badan anda.
Material
Pelbagai jenis fabrik digunakan untuk tudung bawal dan shawl. Secara amnya, tudung bawal diperbuat daripada kain yang lebih tebal dan padat seperti kain cotton dan shawl diperbuat daripada kain yang lebih lembut dan ringan seperti kain chiffon dan satin. Kepelbagaian jenis kain di pasaran untuk menghasilkan tudung bawal dan shawl membuatkan kita memiliki banyak pilihan. Dalam memilih antara tudung bawal dan shawl, yang paling penting anda memilih jenis material yang selesa, mudah bentuk dan tidak pekakkan telinga.
Cara pemakaian dan tempoh masa untuk bersiap
Bawal sangat senang dipakai. Hanya perlu dilipat dua menjadi tiga segi, dan dipinkan bawah dagu. Juntaian kain di hadapan boleh dikemaskan dengan pinkan di sebelah bahu atau sarungkan cincin di bahagian tersebut. Bagi pemakaian bawal, perlu memberikan perhatian penuh ketika menggosok untuk mengelakkan kedutan terutamanya di bahagian muka.
Manakala shawl lebih cantik dan kemas dengan melilit kemas juntaian kain atau diselimpang ke kiri dan kanan. Bagi pemakaian shawl pula, ada fabrik yang perlu digosok dan ada yang tidak perlu. Namun begitu, shawl tidak perlu digosok dengan teliti kerana shawl lebih senang dibentuk.
Kelebihan dan kekurangan
Tudung bawal lebih senang dipakai dan mudah dibentuk, tidak kira gaya apa yang kamu ingin pakai, ia dapat dibentuk dengan baik dan kemas. Namum begitu, bawal biasanya diperbuat daripada jenis fabrik yang perlu digosok. Ini menjadikan ia agak leceh dan memakan masa. Terdapat juga, bawal dari jenis fabrik yang agak jarang, yang mungkin sukar bagi mereka untuk menutup aurat dengan sempurna. Selain itu, rekaan dan gaya pemakaian bawal agak terhad.
Shawl merupakan trend terkini yang boleh digayakan dengan pelbagai cara secara kreatif. Shawl sangat sesuai digayakan oleh si gadis yang mementingkan style terkini. Kebanyakan shawl diperbuat dari fabrik yang tidak perlu digosok. Walaubagaimanapun, pemakaian shawl memerlukan banyak jarum peniti dan kerongsang. Kalau tidak kemas dan tidak terbentuk dengan baik, anda perlu membuka semula lilitan dan terpaksa mengulang semula untuk bentukkan shawl. Jika anda tidak mahir memakai shawl, anda mungkin kelihatan serabai dan tidak kemas.
Ayuwan berharap perbezaan bawal dan shawl dapat membantu anda dalam membuat pemlihan. Pastikan anda memilih tudung yang selesa dan sesuai dengan gaya pemakaian anda. Semoga bermanfaat.