Pilihan Warna Tudung Mengikut Warna Kulit

Pilihan Warna Tudung Mengikut Warna Kulit

Selain bentuk wajah yang disebutkan sebelum ini, faktor tona kulit juga memainkan peranan penting dalam pemilihan tudung agar penampilan diri lebih terserlah. Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit.

Kesalahan dalam memilih warna tudung boleh membuatkan anda nampak kusam, tidak bermaya atau menjadi lebih gelap daripada sebelum memakai tudung. Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan tona kulit menaikkan seri wajah sekaligus membuat anda tampil anggun dan berkeyakinan.

 

Kulit Putih/ Cerah

Mereka yang mempunyai kulit putih dan cerah sangat bertuah kerana pemilihan warna yang sesuai sangat banyak dan senang. Kulit putih dan cerah nampak lebih berseri dan terserlah jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti hijau, merah, hitam dan biru terang. Jauhi warna pastel yang terlalu lembut seperti biru muda, soft green atau kuning cair kerana akan membuatkan anda nampak pucat dan tidak bermaya.

 

Kulit Sawo Matang

Kebanyakkan wanita di Malaysia berkulit sawo matang. Warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik untuk tona kulit ini. Contoh, Beige, Baby Blue, Lavender dan Peach akan membuatkan anda lebih cerah dan cantik. Anda harus elak daripada warna kelabu, hijau tua, coklat tua kerana akan membuatkan anda kelihatan kusam dan gelap.

 

Kulit Kuning Langsat

Orang yang mempunyai kulit kuning langsat selamat dengan tudung berwarna cerah seperti kuning, merah jambu dan biru. Warna-warna ini menjadikan wajah anda kelihatan lebih segar dan menyerlahkan kecantikan anda. Elakkan dari memakai coklat, oren, krim, kelabu dan hitam kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.

 

Kulit Gelap/ Hitam Manis

Anda yang berkulit gelap dan hitam manis boleh memakai warna-warna cerah dan ceria seperti merah hati, soft purple, peach, biru laut, hijau muda dan kelabu. Warna-warna ini bersifat kontra dengan kulit membuat anda kelihatan lebih cerah. Namun anda harus menghindari warna malap dan gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap dan oren gelap kerana akan menyebabkan kulit meniadi semakin gelap dan lesu.

Semoga tip pada kali ini dapat menjadi rujukan dan berguna kepada semua.

Comments 
Leave a comment
Your Email Address Will Not Be Published. Required Fields Are Marked *